Isu kepimpinan Perikatan Nasional kembali panas apabila nama Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, mula disebut-sebut sebagai calon pengerusi baharu gabungan itu.
Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya, secara terbuka menyatakan persetujuannya sekiranya Sanusi dicalonkan bagi menggantikan Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN berkuat kuasa hari ini.