Pihak berkuasa Australia hari ini berjaya menahan bekas anggota pasukan elit polis Malaysia, Sirul Azhar Umar.
Menurut siaran televisyen ABC, Sirul yang berdepan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditahan oleh pasukan imigresen Australia di Brisbane, sehari selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.
Sebelum ini dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia membabitkan hukuman mati.
Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia dilapor menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.