Perdana Menteri, Shinzo Abe bergegas pulang ke Jepun dari Asia Barat bagi mengetuai tindakan selepas kumpulan militan Negara Islam atau IS mengancam membunuh dua rakyatnya kecuali wang tebusan AS$200 juta dibayar.
Bagaimanapun, Abe sehingga kini masih tetap dengan pendiriannya dan berikrar untuk tidak tunduk kepada sebarang bentuk 'keganasan'.