Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil Kesembilan di Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur hari ini, berjaya mencuit hati para hadirin dengan berkata beliau cemburu dengan rambut bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
Secara berseloroh, katanya, beliau berharap mempunyai rambut yang selebat dan sehitam seperti Samy Vellu.