Berikut disiarkan petikan video ceramah pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim yang didakwa berbaur perkauman.
Video yang dirakamakan pada tahun 2009 hangat apabila pada 2 Februari lalu, Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis dengan mendakwa rakaman video yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.