Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 malam tadi di Kota Baharu pada usia 84 tahun selepas sekian lama bertarung dengan barah.
Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di kediamannya Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian.