Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew menghembuskan nafas terakhirnya hari ini pada jam 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura.
Mendiang berusia 91 tahun.
Lee adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965.
Kerajaan Singapura turut mengumumkan pengebumian negara kepada Lee yang akan diadakan pada pukul 2 petang, Ahad, 29 Mac di Pusat Kebudayaan, Universiti Nasional Singapura.