BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Menulis di blognya, beliau berkata sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib.
Justeru, katanya, ahli dan pemimpin Umno perlu sedar bahawa parti itu dan BN akan kalah jika Najib tidak berundur sekarang.