Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor mahu peserta demonstrasi anti salib di gereja Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu mencontohi masyarakat Sabah dan Sarawak dalam pemupukan perpaduan nasional.
Mengambil contoh gereja Good Shepherd Lutong dan Masjid An-Naim, Miri, katanya,di Sabah dan Sarawak, kedua-dua rumah ibadat berlainan agama itu bukan sahaja terletak bersebelahan tetapi penduduk setempat turut berkongsi kemudan tempat meletak kenderaan.