Beberapa NGO yang diterajui Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) mengesahkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bersetuju untuk menghadiri dialog anjuran mereka yang bertajuk ‘nothing to hide’ atau ‘tiada apa disembunyikan’ pada Jumaat ini.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata semasa sesi dua jam dialog itu, orang ramai berpeluang untuk menyoal mengenai semua isu-isu yang berkaitan perdana menteri dan pentadbirannya.