Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) melahirkan kebimbangan kerana mendakwa lebih ramai kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipecat daripada yang dijangkakan.
Presidennya, Ismail Nasaruddin,berkata bersdasarkan rancangan penstrukturan semula MAS, sebahagian besar pekerja diberikan kontrak pengambilan semula untuk tempoh jangka pendek iaitu anhtara tiga hingga lapan bulan.