Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 18 Jun 2015 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di TV3.