Pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson yang hangat diperkatakan telah memeluk Islam bagaimanapun menafi dakwaan tersebut menerusi akaun laman Facebooknya.
Semalam, beliau memuatnaik di Facebook, menafikan hal itu namun memberitahu dia mempunyai ramai sahabat dari kalangan penganut Islam dan menghormati semua kepercayaan.
Gibson sebelum ini pernah meminta agar orang ramai, khususnya masyarakat Barat, tidak cepat melabel penganut Islam dengan label negatif, dan turut memuatnaik satu status sempena menyambut bulan Ramadan, minggu lalu.