Penyanyi veteran dan pemuzik lagu-lagu Melayu asli, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Setia Batu, Kundang, Selangor pada sekitar jam 7.40 pagi hari ini kerana keuzuran.
Allahyarham sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh setelah mengalami patah tulang pinggul akibat terjatuh di kediamannya dan turut mengalami komplikasi jangkitan kuman di paru-paru.