Air kathira Abu Bakar memang cukup popular dan tidak asing lagi bagi rakyat Johor khasnya yangg tinggal di daerah Johor Bahru, dan setiap kali bulan Ramadan pasti kedatangan air ini ditunggu oleh penggemarnya.
Minuman yang berasal dari Pakistan itu amat digemari kerana enak dan menyegarkan selepas seharian berpuasa. Radiah Abu Bakar 42 yang mewarisi perniagaan bapanya memberitahu mereka boleh menjual sekitar 10,000 bungkus sehari manakala untuk botol sekitar 2,000 botol dengan harga masing-masing RM4 dan RM12
Keunikan air katira ini kerana kami mengekalkan resipi yang diwarisi daripada arwah bapa menggunakan 10 bahan bermutu. Ditanya perancangan menjadikan air katira sebagai minuman bukan bermusim, Radiah menjawab, segala yang dilakukan adalah berdasarkan wasiat arwah bapanya supaya minuman itu hanya dijual pada bulan puasa.