Hampir sebulan selepas pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, tiga orang pekerja kedai telefon didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.
Low Leong Seng, Eric Chan Weng and Soo Weng Hing, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Mereka didakwa mencederakan Mohammad Khairul Azmi Mazlan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada 11 Julai, ketika kejadian itu.