Sebuah video oleh unit sumber Bomba KL yang memaparkan aksi sekumpulan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang ingin terjun dari sebuah bangunan di ibu negara menjadi viral di media sosial.
Dalam video berkenaan, lelaki yang tidak dinamakan itu 'duduk' di balkoni tingkat 15 dan mengugut untuk terjun. Selepas cubaan berulang kali memujuk gagal akhirnya anggota bomba bertindak nekad dengan menerkam lelaki berkenaan dan berjaya membawanya naik semua ke tempat selamat.