Dua lelaki yang didakwa memaki dan mencampakan duit kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci, ditahan di George Town hari ini.
Kedua-duanya yang berusia 19 dan 25 tahun ditahan di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim pada pukul 4 petang. Sebuah video yang memaparkan insiden tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam.