kerana video viral yang menunjukkan aksi seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah, Kementerian Pendidikan akan menyiasat lebih lanjut perkara berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan, berkata beliau kecewa dengan tindak tanduk pelajar itu walaupun beliau secara rasmi belum melihat video berkenaan.