Bintang ragbi New Zealand All Blacks, Jonah Lomu dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di Auckland hari ini.
Mendiang mati pada umur 40 tahun dan perkara tersebut disahkan oleh seorang bekas doktor pasukan terbabit, John Mayhew yang memetik sumber keluarga mendiang.
Sebelum ini Lomu dilaporkan mengalami masalah buah pinggang dan Sindrom Nephrotic selepas persaraannya pada 2002.