Seorang aktivis merakamkan aksinya memasukkan ular dan katak berbisa ke dalam mulutnya sebagai bantahan terhadap aktiviti penebangan hutan di Amazon.
Arteval Duarte melakukan aksi bahaya berkenaan di kawasan hutan di Amazon dengan seekor anak ular berbisa dan seekor katak beracun dimasukkan kedalam mulutnya beberapa saat sebelum mengeluarkannya semula.
Katanya, dia melakukan aksi bahaya itu sebagai tanda protes terhadap aktiviti memusnahkan hutan yang kini berlaku di Amazon.