Kisah meruntun jiwa tentang lima sekeluarga dari Puncak Alam, Selangor yang lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang, Terengganu sabtu lalu menarik simpati orang ramai.
Tragedi yang mengorbankan lima dari enam sekeluarga iaitu Mohd Halim Samian,44, isterinya Nurul Adilah@Salaiwati Awang,39, serta tiga anaknya Nurul Arifah,16; Nurul Hidayah Aina,11 serta Nurul Izah,10.
Adik Mohd Hasif, 9 tahun yang terselamat berkongsi cerita sedih berkenaan tragedi yang meragut kesemua ahli keluarganya.
Beliau kini dijaga oleh ibu saudaranya