Satu rakaman memaparkan kejadian 'kepala air' berlaku di Sungai Sedim, kedah menjadi viral di laman sosial sejak semalam.
Para pengguna internet memberikan reaksi agar semua ibu bapa sentiasa berhati-hati dan menjaga anak masing-masing ketika melakukan aktiviti rekreasi tertutama melibatkan sungai bersempena dengan musim persekolahan ini.
Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.