Di atas celahan batu karang yang menghadap ke laut Aceh ditemui kesan tapak kaki 'raksasa' yang tidak diketahui asal usulnya.
Jejak kaki raksasa yang berada di daerah Tapaktuan Aceh Selatan ini mendadak dikenali apabila gambar tapak kaki 'raksasa' tersebut beredar di alam maya.
Menurut sumber, Tapaktuan memang sebuah daerah yang dikenali memiliki sejarah menarik legenda rakyat. Namanya juga dikaitkan dengan legenda Tuan Tapa dengan dua ekor naga raksasa.
Tempat ini dianggap 'keramat' oleh penduduk sekitar, Percaya atau tidak, saat terjadi Tsunami dahsyat tahun 2004 lalu, kawasan Tapaktuan tidak terlalu hancur kerana ombak tertahan dan 'terpecah' oleh karang tempat tapak kaki tersebut berada.