Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan hari ini mendakwa pelaksaan Program Dwibahasa (DLP) di sekolah kebangsaan sebagai 'penzaliman kebudayaan'.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata ini kerana pelaksaan DLP tidak dibuat kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Malah, Zainal berkata pelaksaan DLP di Sekolah Kebangsaan adalah merupakan penafian keadilan kepada pelajar Melayu.