MP Pandan Rafizi Ramli mengumumkan penganjuran satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk menguji sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu. Beliau telah disiasat selama kira-kira 40 minit pada hari Ahad, ekoran penyebaran satu emel yang mendakwa bahawa Rafizi berkaitan dengan satu rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.