Hidayah itu milik Allah, Bekas pemimpin ajaran difatwakan sesat Abdul Kahar Ahmad akhirnya melafazkan taubat kerana mendakwa diri sebagai seorang rasul semalam.
Dalam lafaz taubat yang diedarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Kahar antaranya memohon ampun kepada Allah atas kedustaannya.
Dalam majlis istitatabah di Kuang, Selangor, Kahar turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam.