Penyanyi lagu popular 'Jangan Pisahkan' Deddy Dores disahkan meninggal dunia kerana masalah jantung malam semalam sekitar jam 11.45 di Rumah Sakit Bintaro, Jakarta Selatan.
Lagu 'Jangan Pisahkan' menjadi hits besar, bukan hanya di Indonesia tetapi juga di Malaysia dan Singapura pada awal tahun 90an.
Penyanyi dan pencipta lagu yang sering tampil dengan memakai kacamata hitam itu meninggal dunia pada usia 65 tahun.