Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan empat anggota polis yang dituduh membunuh N Dharmendran semasa dalam tahanan pada tahun 2013.
Hare Krishnan, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34, didakwa membunuh Dharmendran, 32, di bilik soal siasat Bahagian Jenayah Berat (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah antara 18 dan 21 Mei 2013.
Hakim Datuk Kamardin Hashim menyampaikan keputusannya di bilik mahkamah yang penuh sesak.