Kenyataan David Teo tentang hidup melarat seniman agong P.Ramlee mendapat reaksi pelbagai pihak yang akhirnya beliau sendiri memohon maaf tentang apa yang diucapkannya itu.
Namun benar atau tidak P.Ramlee hidup melarat? Video dokumenteri terbitan History Channel pada tahun 2010 tentang kisah P.Ramlee ada jawapannya.
Dalam video berkenaan Allahyarham Aziz Satar berkata 'hidup dia melarat, kesian. Kali terakhir saya pergi rumah dia, saya tengok, dia makan nasi dengan telur sahaja'
Tambahnya lagi 'nama dia besar. Orang tahu P. Ramlee siapa. Tapi hidup dia melarat.'
Namun dalam kehidupan yang melarat itu, P Ramlee tetap bersifat pemurah. Allahyarhamah Mariani Ismail menceritakan 'kalau dia ada duit, katakan dia ada 200 kat dalam kocek. Satu hari orang datang. Orang tu kata : 'Bang, saya susah ni nak balik kampung tak ada duit', semua dia kasi'