Polis merampas sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera yang digunakan sebagai promosi menjual minuman kopi di Jalan Semarak Api, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis dari Balai Cyberjaya menjalankan tugas rondaan dan menerima maklumat orang awam mengatakan ada kenderaan trak pelancar roket berkeliaran di kawasan di sini.