PKR hari ini memecat Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' kerana didakwa melanggar disiplin parti.
Susulan pemecatan itu, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dilucutkan daripada segala jawatan dalam parti serta dilarang menjalankan aktiviti atas nama PKR.
Surat pemecatan Chegubard bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan Ibu Pejabat PkR dan ditandatangani Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.