Jika kerajaan baru berjaya ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BBERSATU akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata tempoh had masa itu perlu bagi mengelak krisis pentadbiran sekarang berulang.
"Insya-Allah kalau kita berjaya dengan izin Allah dan sokongan tuan, puan kita dapat tubuhkan kerajaan (PRU14) nanti kita ingin mencadangkan supaya tempoh perdana menteri dihadkan dua penggal sahaja dan tak lebih 10 tahun," katanya.