Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tetap menjawab dengan penuh diplomatik berhubung persoalan penyingkiran seseorang daripada perkhidmatan awam tanpa diberikan perbicaraan yang adil.
Abdul Gani berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peguam, Syahredzan Johan sama ada terdapat pelanggaran Perlembagaan Persekutuan berhubung isu tersebut.
Namun, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Khuthubul Zaman Bukhari berpendapat adalah menjadi hak Abdul Gani untuk membawa kes tersebut ke mahkamah, sangat jelas.