Jika awal minggu lalu gerai nasi lemak Anak Dara disaman oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tiada lesen penjaja.
Tapi nampaknya mendung sudah berubah cerah nasi lemak Anak Dara pagi tadi dilawati sendiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Gambar lawatan Azmin ke nasi lemak Anak Dara dimuat naik di Facebook Zulhazmi Zoul Yusoff.
Tidak pasti apa yang menyebabkan Menteri Besar itu melawati gerai tersebut namun jika dilihat daripada gambar ia nampak sebuah tindakan yang positif untuk pemilik Siti Hajjar Ahmad