Rakaman kamera litar tertutup CCTV samun dua wanita di Ara Damansara viral di laman sosial sejak semalam.
Berikutan itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihak polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Dalam rakaman berkenaan memaparkan kereta Myvi mangsa diekori sebuah kereta jenis Honda sebelum mangsa menghentikan kenderaan di kawasan perumahan Ara Putra dan meminta bantuan pengawal keselamatan disitu untuk masuk namun gagal dengan alasan bukan penghuni disitu.
Kemudiannya suspek keluar dari kenderaan bersama sebilah parang panjang dan mengacukan ke arah mangsa sebelum menyamun telefon bimbit dan wang tunai sebelum melarikan diri.