Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Ketua Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak wajar diberikan peluang untuk membuat 'stunt' atau aksi lawak lagi.
'Jamal adalah seperti badut (joker)... sibuk pula sewa helikopter," katanya kepada media ketika ditanya tindakan Jamal menaiki helikopter rumah Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly, semalam.
Dakwa Jamal, Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
Sehubungan itu, Rafizi yang juga setiausaha agung PKR menyarankan lebih baik semua orang termasuk Adam mengisytiharkan harta masing-masing.