Walaupun suatu ketika dahulu namanya terpalit dengan kontroversi, namun Saiful Bukhari Azlan kini bahagia di samping isterinya, Nik Suryani Megat Deraman.
Ketika ditemui semasa membuka gerai menjual pakaian dan songket sempena perhimpunan agung Umno, Saiful bersama isterinya ramah melayan tetamu yang mengunjungi gerainya.
Malah, Saiful juga kelihatan tenang dan tidak kekok untuk bertemu media yang tidak putus ke gerainya untuk mendapatkan perkembangan terbarunya.
Saiful dan isteri kini telah dua tahun menceburi perniagaan songket, batik, pakaian dan aksesori wanita selain memiliki syarikat perunding media dan politik.
Menurut Saiful, 30, perniagaannya kini telah berkembang ke seluruh negara apabila mereka turut menjual pakaian secara online.