Tambang percuma selama sebulan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat dinikmati rakyat sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkhidmatan pengangkutan tren percuma yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. itu dapat dinikmati pengguna bermula esok selama sebulan sehingga 2 Januari depan.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini hari ini.
Katanya, pembukaan laluan Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang turut melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar.