Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang di naiki seorang lelaki dan wanita dikejar oleh anggota Unit Peronda Polis sekitar jam 4 petang selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya, Sarawak semalam.
Rakaman berdurasi lebih 15 saat kejadian terbabit tular di internet dan para pelayar memberikan respon dengan menyamakan kejadian itu seperti adegan filem 'Fast & Furious'.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian tersebut dan sebanyak tujuh buah kereta peronda terpaksa mengejar suspek selama lebih dua jam.
Suspek akhirnya memasuki jalan mati di Taman Lebunda dan terpaksa menyerah diri dan Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.