Mungkin hanya kebetulan atau hanya sekadar hiburan dikala kenaikan harga minyak pada 1 Februari lalu.
Para pelayar internet berkongsi sebuah video klip lagu yang bertepatan dengan keadaan negara kini.
Lagu bertajuk 'Semua Naik' oleh kumpulan The Goodman Brothers sungguh tepat dengan apa yang berlaku pada negara sekarang ini. Bermula dengan kenaikan minyak petrol, kenaikan harga minyak masak dan pelbagai lagi kenaikan lain, semuanya dicerita dalam lagu berkenaan.
Video klip ini dimuat naik oleh laman Facebook 80an Dihati pada Jumaat lalu dan mendapat perhatian netizen dengan kongsian melebihi 9000 kongsian dan tontonan lebih 200,000.