Bagi menunjukkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar kes saman RM2 juta ke atas Presiden PAS Datuk Sei Abdul Hadi Awang dan seorang ahli PKR tidak diteruskan.
Menurut Anwar, beliau dan PKR telah menemui sendiri pihak keluarga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menang kes saman fitnah RM2 juta kerana penghakiman ingkar bulan lalu.