Siasatan kes Tan Sri Annuar Musa berkenaan isu salah guna dana MARA kini dalam fasa terakhir sebelum jawatankuasa audit dalaman membuat keputusan lanjut, kata Pengerusi sementara MARA, Datuk Dr Yusoff Yacob.
Annuar kini digantung jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).
Penggantungan jawatan Annuar yang dibuat pada mesyuarat khas Ahli Majlis Mara bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.