Ahli Parlimen BN-Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memperjelaskan beliau tidak dipecat sebagai Pengerusi MARA seperti yang dilapor dalam akhbar Sin Chew Daily, sebaliknya hanya direhatkan daripada jawatan itu.
Annuar berkata beliau direhatkan atas siasatan tajaan pasukan bola sepak Kelantan.
Namun, katanya, sebelum mesyuarat MARA berlangsung, ada berlaku pertikaian berhubung sokongannya terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di kalangan ahli Majlis MARA.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.