Pengarah filem David Teo dikasari di depan Datuk Seri Najib Razak semasa sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya malam ini.
Semasa sesi khusus untuk industri seni itu, Teo berkata Najib hanya mengambil soalan daripada satu sudut sahaja dalam dewan itu.
Pengarah Rosyam Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis kemudian meminta Teo menjaga tingkah laku dan menggunakan peluang bercakap untuk mengemukakan pandangan.
Teo kemudian akur dan memulakan soalannya.
Bagaimanapun seseorang dilihat berjalan ke arah Teo dan memintanya tidak kurang ajar kepada perdana menteri sebelum mengasarinya.
Najib berada tidak jauh daripada Teo.
Insiden itu disiarkan secara langsung di Facebook Najib tetapi tidak diulang siar.