Seorang remaja pernah menjadi sensasi dunia bola sepak Malaysia apabila beliau di datangi bintang sensasi Barcelona pada tahun 2013 lalu.
Syafiq Salmi mendapat kejutan terbesar dalam hidupnya apabila Neymar da Silva Santos Júnior, atau lebih dikenali Neymar datang melawat ke rumahnya untuk bertemu beliau.
Neymar membuat kejutan itu apabila mendapat tahu kisah hidup Syafiq agak mirip dengan hidupnya yang bercita-cita menjadi bintang bola sepak dunia.
Neymar ketika 2013 datang ke Malaysia bersama pasukan Barcelona bersempena Bercelona Asia Tour.
Bukan sahaja dapat bertemu empat mata bersama Neymar, Syafiq juga turut berpeluang bermain bola bersama serta menyaksikan aksi Neymar berdepan pasukan Harimau Malaya di Stadium ketika itu.
Kini setelah empat tahun berlalu ramai bertanyakan apa yang telah terjadi kepada Syafiq.
Ternyata Syafiq memang berada pada landasan menjadi pemain bola sepak profesional apabila bermain bersama pasukan bawah ke-19 Felda United untuk Piala Belia.
Felda United kini berada pada kedudukan pertama Liga Belia untuk kumpulan B