Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendakwa orang bukan Melayu mungkin kurang sensitif dengan kes rogol di bawah umur berbanding bangsa Melayu yang beragama Islam.
Oleh kerana Melayu sensitif kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka katanya, mereka membuat laporan.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan perangkaan bahawa 1,550 daripada kes rogol bawah umur yang dilapor pada tahun 2012 – sebanyak 1,243 daripada mangsa adalah orang Melayu, 73 kes melibatkan orang Cina dan 45 kes orang India.