Lagenda bola sepak dunia Edson Arantes do Nascimento atau dikenali sebagai Pele memberikan ulasan berkenaan anugerah Ballon d'Or yang sering dimenangi di antara dua pemain Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Katanya "jika anugerah Ballon d'Or ada di zaman saya ( bermain bola), saya sudah menang banyak (anugerah).
Jawapan itu menyebabkan pengacara rancangan tersebut ketawa dan bersetuju dengan Pele.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata Pele tentang anugerah Ballon d'Or itu.
Pele memenangi Piala Dunia bersama Brazil sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.