Kemeriahan bola sepak negara kembali selepas cuti bulan Ramadan 2017.
Perlawanan ke-14 Liga Malaysia bermula pada Sabtu, 2 Julai lalu membawa pelbagai cerita baru buat pasukan bertanding.
Antara yang mencuri tumpuan adalah aksi penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) , Izham Tarmizi ketika menentang Pulau Pinang.
Izham mempamerkan aksi menyakinkan dengan berani keluar dari kotak penalti menghalang pergerakan pemain Pulau Pinang.
Bukan seorang tetapi dua pemain Pulau Pinang berjaya dipatahkan gerakannya oleh Izham Tarmizi.
Netizen membandingkan aksi Izham itu 'seakan' Manuel Neuer penjaga gol utama pasukan Jerman.