Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik gambar papan tanda MRT Kajang dengan kapsyen "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" di Twitternya semalam.
Najib merujuk kepada khidmat kereta api berkapasiti tinggi Transit Aliran Massa (MRT) yang akan dibuka di kawasan DUN yang dimenangi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melihat apa pun yang berlaku akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sindiran Najib berkaitan "Langkah Kajang Sebenar" yang akan tiba ke kawasan parlimen itu seminggu lagi.